BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday, 20 June 2011

Ikan Kanai a.k.a Tembaring





      Kanai (Lutjanus goldiei) dikenali sebagai tembaring di Pantai Timur Sabah atau lebih dikenali sebagai Black Bass merupakan spesis elusif di perairan negara kita. Black Bass sebenarnya berasal dari Papua New Guniea. Namun tidak disangka spesis ini boleh ditemui di negara kita. Walaupun terdapat laporan mengatakan  ia juga pernah ditemui di perairan Semenanjung Malaysia, ternyata negeri Sabah masih mendahului senarai lokasi pemancing-pemancing memburu spesis ini.
      Ia bersifat kewilayahan dan boleh membesar berkali ganda daripada kaum kerabatnya iaitu Siakap Merah. Spesis ini selalunya akan berkumpul di dasar sungai yang dalam dan kurang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Namun, di kawasan yang ketara perbezaan pasang surut, mereka suka merayau mengikut arus yang membawa kawanan anak-anak ikan. Ia juga jarang berhijrah ke laut seperti mana menjadi tradisi Siakap Merah. Oleh itu, ia kekal menjadi pemangsa di tangga teratas muara sungai dan dianggap oleh kaki pengilat sebagai tangkapan terulung dalam dunia pancingan mereka. 
       Jika ikan Layaran dianggap lesen untuk pancingan laut dalam, ikan Kanai pula dianggap lesen bagi pengilat muara sungai. Spesis ini amat kurang di negara kita berbanding di kampung halamannya, Papua New Guniea. Pastinya pencarian spesis ini akan menjadi amat sukar dimasa akan datang jika tiada langkah diambil untuk menjaga kelangsungan habitatnya, khasnya para pengilat sendiri. Alangkah indahnya jika sungai-sungai kita menyimpan stok kanai yang amat banyak seperti di negara asalnya. Tentulah khabar gewang pecah, kekili barai, treble hook lurus dan snap swivel rabak akan menjadi bualan hangat di kalangan kaki pengilat di warung-warung kopi setiap hari.
                                                                                                                    Sumber dari MAJALAH SIRIP
      

0 comments: