Trip memancing di Sematan bersama seorang kawan. Perjalanan dari Kuching ke Sematan memakan masa hampir 2 jam. Kereta dipandu oleh En. Hakim berdesup laju menuju ke destinasi. Oleh kerana perjalanan yg agak jauh aku terlena sambil di buai mimpi dapat ikan yg banyak dan besar2 belaka membuatkan aku tak sabar nak sampai sana. Jam 5 petang kami sampai di sana dah ada ramai kaki2 pancing yg dah sedia melabuhkan umpan. Ramai jugak yg dah mendapat hasil tangkapan mereka. Ini membuatkan aku lebih tak sabar nak melabuhkan umpan udang mati yang dibeli di pasar Satok sepinggan RM 3, udang yg dah agak lama berhijrah ke darat yg di bawa oleh nelayan2 tempatan, dah hampir busuk.
hasil pertama ikan duri
Memang ramai orang memancing di sini mcm pesta. Di sini aku bekenalan dengan ramai kaki2 pancing, otai2 pancing yg sememangnya hebat2 memancing.
Dari petang sampai la ke pagi keesokannya hanya beberapa ekor ikan kecik je yg dapat. takde rezeki nampaknya...org lain guna umpan udang hidup, aku guna udang mati. Pandai betoi ikan sekarang ni memilih umpan..Aku akan datang lagi memancing kat sini, kali ni nak bawa umpan udang hidup pulak.....Minat mancing punya pasal tak dapat ikan pun takpe...janji enjoy........................................
Friday, 10 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment