BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday 20 June 2011

Ikan Kanai a.k.a Tembaring





      Kanai (Lutjanus goldiei) dikenali sebagai tembaring di Pantai Timur Sabah atau lebih dikenali sebagai Black Bass merupakan spesis elusif di perairan negara kita. Black Bass sebenarnya berasal dari Papua New Guniea. Namun tidak disangka spesis ini boleh ditemui di negara kita. Walaupun terdapat laporan mengatakan  ia juga pernah ditemui di perairan Semenanjung Malaysia, ternyata negeri Sabah masih mendahului senarai lokasi pemancing-pemancing memburu spesis ini.
      Ia bersifat kewilayahan dan boleh membesar berkali ganda daripada kaum kerabatnya iaitu Siakap Merah. Spesis ini selalunya akan berkumpul di dasar sungai yang dalam dan kurang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Namun, di kawasan yang ketara perbezaan pasang surut, mereka suka merayau mengikut arus yang membawa kawanan anak-anak ikan. Ia juga jarang berhijrah ke laut seperti mana menjadi tradisi Siakap Merah. Oleh itu, ia kekal menjadi pemangsa di tangga teratas muara sungai dan dianggap oleh kaki pengilat sebagai tangkapan terulung dalam dunia pancingan mereka. 
       Jika ikan Layaran dianggap lesen untuk pancingan laut dalam, ikan Kanai pula dianggap lesen bagi pengilat muara sungai. Spesis ini amat kurang di negara kita berbanding di kampung halamannya, Papua New Guniea. Pastinya pencarian spesis ini akan menjadi amat sukar dimasa akan datang jika tiada langkah diambil untuk menjaga kelangsungan habitatnya, khasnya para pengilat sendiri. Alangkah indahnya jika sungai-sungai kita menyimpan stok kanai yang amat banyak seperti di negara asalnya. Tentulah khabar gewang pecah, kekili barai, treble hook lurus dan snap swivel rabak akan menjadi bualan hangat di kalangan kaki pengilat di warung-warung kopi setiap hari.
                                                                                                                    Sumber dari MAJALAH SIRIP
      

Friday 10 June 2011

Sahabat baik ku telah kembali Ke Rahmatullah........

Pada hari Isnin yg lepas 6 Jun 2011 aku dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat karibku. Aku mcm tak percaya dengan berita itu sbb kematiannya berpunca dari sakit jangtung dan darah tinggi. Umurnya baru mencecah 33 thn sama umur dengan aku. Setahu aku arwah tidak merokok dan sangat aktif dalam segala hal...Zaman sekarang ni org muda pun boleh kena sakit jantung...Aku rasa sangat terkilan  tak dapat balik menziarahi dan menatap mukanya buat kali yg terakhir sbb aku sekarang bekerja di Sarawak. Hanya doa dan Al-Fatihah sahaja yg dapat aku berikan hadiahkan padanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org2 yang beriman.....AMIN

                Tinggal kenangan....MOHD ZAKI BIN KASSIM duduk mencangkung no. 2 dari kiri

Memancing di jeti Sematan Sarawak

Trip memancing di Sematan bersama seorang kawan. Perjalanan dari Kuching ke Sematan memakan masa hampir 2 jam. Kereta dipandu oleh En. Hakim berdesup laju menuju ke destinasi. Oleh kerana perjalanan yg agak jauh aku terlena sambil di buai mimpi dapat ikan yg banyak dan besar2 belaka membuatkan aku  tak sabar nak sampai sana. Jam 5 petang kami sampai di sana dah ada ramai kaki2 pancing yg dah sedia melabuhkan umpan. Ramai jugak yg dah mendapat hasil tangkapan mereka. Ini membuatkan aku lebih tak sabar nak melabuhkan umpan udang mati yang dibeli di pasar Satok sepinggan RM 3, udang yg dah agak lama berhijrah ke darat yg di bawa oleh nelayan2 tempatan, dah hampir busuk.

                                                    hasil pertama ikan duri


Memang ramai orang memancing di sini mcm pesta. Di sini aku bekenalan dengan ramai kaki2 pancing, otai2 pancing yg sememangnya hebat2 memancing.





Dari petang sampai la ke pagi keesokannya hanya beberapa ekor ikan kecik je yg dapat. takde rezeki nampaknya...org lain guna umpan udang hidup, aku guna udang mati. Pandai betoi ikan sekarang ni memilih umpan..Aku akan datang lagi memancing kat sini, kali ni nak bawa umpan udang hidup pulak.....Minat mancing punya pasal tak dapat ikan pun takpe...janji enjoy........................................

Lawatan ke Ladang Anggur Kuala Beris Sik, Kedah

Pada cuti lepas aku berkesempatan melawat ladang anggur bersama isteri dan anakku...Ladang yg terletak bersebelahan Tasik Beris menampakkan pemandangan yg sungguh indah. Untuk masuk ladang tu kena beli tiket dengan harga RM 6 seorang....

Di pintu masuk ladang tu ada tertulis "DILARANG MEMETIK BUAH ANGGUR". Aku pun dengan panjang lebar memberi penerangan kepada anak ku yg baru berusia 1 tahun supaya jangan petik buah anggur tu...ntah anak aku paham ke tak dia senyum je kat aku....maklumlah budak kecik mmg suka sangat tengok buah anggur ni....bila dah suka mesti la dia nak pegang....bila dah pegang mesti dia nak petik......


Aku pun rasa tergugat juga keimanan aku ni, rasa nak makan jer buah ni....maklumlah buah segar...TERBAEKK DARI LADANG......


Di ladang ni ada 2 jenis anggur merah dan hijau....yg paling aku suka anggur hijau sebab manis sangat macam tergula wa ckp lu.....yg merah ni masam sikit....

                  anak ku dengan aksi supermannya nak memetik buah anggur yg dari td lg dia terliur



Di sebelah ladang anggur ni ada tasik yg luas sangat indah bila dipandang. memang sesuai untuk aktivi riadah seisi keluarga.


Memang berbaloi kalau mai sini....kepada orang2 Kedah tu yg tak pernah lg mai sini cuba2 lah mai tengok2 ladang anggur kebanggaan negeri Kedah ni.......

Thursday 9 June 2011

Assalamualaikum..............

Hari ini 10 Jun 2011 buat pertama kalinya aku menulis dlm blog aku ni...maklumlah baru nak berjinak2 dlm arena blog ni......nak kata x pandai...mmg x pandai pun aku pasal blog ni....main hentam je.....blaja sndiri je buat laman blog ni...ntah betul ke x aku pun xtau....rasanya betul la kot.....byk lg aku kena blaja pasal blog memblog ni.....